suria

Fathia Bukan Primadona - Azwan Ali

Azwan Ali

KUALA LUMPUR: Selepas pelakon Dira Abu Zahar, selebriti kontroversi Azwan Ali pula memberi nasihat kepada pelakon Nur Fathia Latif yang disifatkan masih mentah dan belum ke tahap primadona untuk bersuara.

Bagaimanapun Azwan berkata, tidak salah sekiranya seseorang artis itu mahu bersuara tetapi biar berpada-pada selain menilai diri dan pencapaian dalam industri seni.

"Dia (Fathia) siapa? Siapa pelakon Malaysia yang hebat? (Contohnya) Erra Fazira lah. Ini Erra Fazira yang primadona itu pun diam saja.

"Saya bukan dengki dengan dia tapi bukan masa dia nak bercakap, dia budak baru sangat. Ke dia nak cari populariti?," katanya kepada mStar Online dan satu lagi portal berita pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017, Sabtu.

Azwan Ali ketika ditemui di PAU 2017, di PWTC.

Azwan berkata demikian susulan pendedahan Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, pada Sabtu yang mendakwa diserang oleh seorang individu tidak dikenali.

Dalam pada itu, Azwan turut menasihatkan Fathia yang digambarkan 'masih berhingus' itu supaya memantapkan kerjaya lakonannya.

"Itulah kau dik, bak kata Dira pergi belajar berlakon kan? Kau sibuk nak perjuangkan politik.

"Lepas itu kau meroyan bising dapat peluru... pergi buat Bigo Live lah bahagian dua," katanya yang merujuk mengenai video Bigo yang dikaitkan dengan Fathia sehingga hangat diperkatakan di media sosial sebelum ini.

Dira Abu Zahar (kiri) dan Fathia Latif.

Pada Sabtu, Fathia mendakwa, individu yang tidak dikenali itu bertindak membaling rantai dan mengugut untuk mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang diketahui.

"Saya baru sahaja diserang oleh seorang berkepala botak. Selamat ada parang di belakang kereta. Anda semua perlu hati-hati.

"Dia cuba mengugut saya dengan berkata 'jangan sampai peluru aku sampai kat kau'. Saya masih menggigil sehingga rasa trauma," ujarnya menerusi laman sosial Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Trauma Diserang Lelaki Botak 


Fathia mendakwa diugut lelaki tak dikenali.

Rabu lalu, Dira yang juga Exco Puteri Umno dalam ucapannya sempena PAU 2017 menyelar Fathia.

"Kalau betul nak cerita tentang hak rakyat atau keluh kesah rakyat, turun padang macam Puteri Umno. Setakat pegang telefon, picit-picit...tulis, taip...tak payah.

"Dia boleh duduk diam-diam betulkan lakonan dia dulu, hidup dia dulu. Tak payah sibuk dengan hal kerajaan,” kata Dira.

Terdahulu, Fathia memuat naik posting di Instagramnya berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Azwan Ali, Dira Abu Zahar, Fathia

Artikel Sebelum

Zaid Digesa Mohon Maaf

Artikel Berikut

Tiga Butir Bom Lama Ditemui

Artikel Lain