suria

Tiga Peserta Maraton Cedera Dilanggar

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang peserta Klang City International Marathon 2017 antara tiga yang mengalami kecederaan parah akibat dilanggar sebuah kenderaan semasa larian tersebut berlangsung.

Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, penganjurnya Klang City International Marathon 2017 berkata mangsa Evelyn Ang dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang pada Ahad.

"Kemalangan berlaku di kilometer 14 dan kes masih lagi siasatan polis," katanya.

Menurut kenyataan itu, Ang mengalami pendarahan di otak selain mengalami keretakan tempurung kepala dan akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.

"Mari kita bersama-sama doakan peserta Klang City International Marathon 2017, Evelyn Ang. Semoga dia kembali pulih," demikian menurut kenyataan itu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan ketika dihubungi mengesahkan insiden itu.

"Insiden berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi di Jalan Kapar Batu 2.Semasa kejadian kereta terbabit dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kapar telah melanggar peserta dari arah belakang," katanya.

Beliau berkata tiga mangsa mengalami kecederaan.Dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan di kepala dan tangan.

"Pemandu tidak mabuk. Ujian air kencing mendapati dia negatif dadah dan ujian darah juga akan dilakukan," kata Mazelan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jamal Direman Dua Hari

Artikel Lain