suria

Tiga Maut Treler Ikan Langgar SUV

IPOH: Tiga terbunuh dalam sebuah kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kenderaan lain di Jalan Baling-Kuala Kangsar, dekat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di Grik.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.10 pagi Ahad berhubung kemalangan itu.

"Maklumat awal yang diterima daripada saksi kejadian adalah treler yang membawa ikan menghentam bahagian belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki oleh lima individu.

"Tiga mangsa termasuk dua lelaki dan seorang wanita terbunuh, katanya sambil menambah semua mayat telah dihantar ke Hospital Gerik.

Sementara itu, dua lelaki dari sebuah lori 'pick-up' tidak cedera, manakala jumlah mangsa dari sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) masih belum diketahui.

"Ketika kami sampai di lokasi kemalangan, orang awam telah mengeluarkan mangsa dari MPV tersebut," katanya sambil menambah bahawa operasi menyelamat berakhir pada pukul 12.40 tengah hari.

kemalangan maut

Artikel Berikut

Artikel Lain