suria

“Tak Kan Nak Tunjuk Semua” – Coach Yin

Coach Yin sering dikaitkan dengan Sajat.

PETALING JAYA: Pemuda berbadan sasa yang sering dikaitkan dengan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat berang dengan segelintir netizen yang telah mengkritik penampilannya.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada malam Selasa, lelaki yang lebih dikenali sebagai Coach Yin itu mempamerkan beberapa helai seluarnya bagi memberi penjelasan kepada netizen.

Paparan skrin video yang dimuat naik Coach Yin di Instagram.

“Tadi Coach ada dapat banyak komen daripada ‘haters’ semua, ada yang komen ‘Coach tak ada seluar lain ke, asyik seluar hitam je?

“Macam ni sebenarnya... nak berfesyen, kenalah ikut kasut apa yang kita pakai. Jangan Coach belanja seluar Coach pula,” katanya.

Sambil menunjukkan enam seluar yang disusun di atas lantai, katanya lagi: “Ni baru sikit, ada banyak lagi dalam almari ni.”

Antara koleksi seluar Coach Yin.

Bercakap kepada mStar Online, Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin Mohd Adnan, 28, memberitahu dia sememangnya mempunyai banyak seluar bukan sekadar yang ditunjukkan di dalam video berkenaan.

Mengakui seorang yang gemar berfesyen, dia memberitahu bahawa hitam adalah warna kegemarannya selain ia mudah disuaipadankan dengan banyak baju.

“Yin ada lebih 10 seluar, cuma tak kan nak tunjuk semua. Nanti orang kecam pula. Yin memang suka warna hitam sebab bila kita gayakannya, badan kita nampak ‘fit’. 

“Setiap orang ada minat warna masing-masing. Macam Yin minat hitam sebab tu seluar hitam Yin ada empat jenis,” kata Coach Yin sambil merujuk kepada gambarnya memakai seluar jeans biru dipadankan dengan kasut putih.

Coach Yin memakai seluar jeans biru.

Sehubungan itu, pemuda yang berasal dari Kota Bharu ini berkata, apa yang lebih penting adalah dirinya lebih selesa dan kelihatan kacak pada setiap penampilannya.

"Yin pakai (hitam) yang lain sebab lain-lain jenama. Tak kan nak tunjuk jenama yang Yin pakai," katanya secara berseloroh.

Coach Yin, Sajat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain