suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Larikan Tiga Beg Berisi RM150,000

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Dua suspek lelaki disyaki melarikan tiga beg berisi wang tunai RM150,000 daripada sebuah van syarikat keselamatan berhadapan sebuah bank di Sri Serdang, dekat sini, pagi Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 10.30 pagi Jumaat, kedua-dua suspek yang memakai topi keledar melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata ketika ini pihaknya sedang membuat ops tutup dengan menahan empat pekerja syarikat keselamatan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kami sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokasi berhampiran kejadian untuk melihat bagaimana kejadian itu berlaku dan polis akan memburu mereka," katanya ketika dihubungi.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. - BERNAMA

bank, syarikat keselamatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia