suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berpantang Maut Sebelum Ajal

SIBU: Sebelas sekeluarga terselamat daripada kejadian tanah runtuh di Jalan Melekun, Kapit pada awal pagi Khamis.

Ketika kejadian, kesemua mereka tidak berada di rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Erwandy Tugor berkata, kesemua ahli keluarga itu pergi ke rumah panjang dalam kejadian yang menyebabkan rumah mereka tertimbus.

Rumah tersebut yang terletak di kawasan kaki bukit tertimbus dalam insiden pada pukul 2.17 pagi Khamis.

Tiga lagi rumah berdekatan turut musnah.

"Kita telah menutup kawasan itu dan menasihatkan 25 penghuni supaya mengosongkan kediaman demi keselamatan mereka," katanya.

Dengan keadaan hujan yang berterusan dan cuaca buruk, beliau berkata, kemungkinan tanah runtuh lain akan berlaku di kawasan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain