suria

Larangan Bertudung: Hanya Satu Aduan Diterima

Mohamed Nazri Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR: Hanya satu aduan diterima berhubung larangan kepada pekerja wanita di bahagian khidmat pelanggan sektor perhotelan memakai tudung setakat ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata siasatan berhubung aduan itu sedang dijalankan.

"Kami sedang mengumpul maklumat mengenai aduan tersebut," katanya bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap di Parlimen pada Khamis.

Nazri bagaimanapun tidak menyatakan butiran terperinci mengenai aduan tersebut.

Namun beliau meminta pihak hotel supaya mengkaji semula polisi sedia ada mengenai etika berpakaian agar bersesuaian dengan budaya Malaysia.

"Dasar ini tidak boleh diterima memandangkan ia dilaksanakan di Malaysia di mana majoriti penduduknya beragama Islam," katanya.

larangan bertudung, perhotelan

Artikel Sebelum

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Artikel Berikut

Artikel Lain