suria

Tiada Rancangan Turunkan Kadar GST

KUALA LUMPUR: Pihak kerajaan tidak merancang untuk mengubah kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang ditetapkan kepada enam peratus, kata Kementerian Kewangan.

Dalam kenyataan balas kepada pihak media ketika sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin, kementerian itu menjelaskan bahawa kadar tersebut ditetapkan selepas kajian menyeluruh dilakukan bagi menentukan kadar paling sesuai untuk negara ini.

Kementerian Kewangan membalas soalan anggota Parlimen, Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) yang mahu mengetahui sama ada kerajaan akan mempertimbangkan penurunan kadar GST daripada enam peratus yang dilaksanakan kini.

"Kerajaan sentiasa ingin memastikan sistem cukai di negara ini meliputi cukai-cukai langsung, termasuk kadar cukai korporat dan individu serta cukai tidak langsung.

"Ia akan meningkatkan pembangunan ekonomi dan mengekalkan persaingan antara negara untuk jangka masa panjang," katanya.

Antara faktor yang diambil kira adalah berkaitan kesan perubahan kadar GST terhadap pertumbuhan ekonomi, indeks harga pengguna, aliran masuk pelaburan dan pelabur asing. - Bernama

GST, Kementerian Kewangan

Artikel Sebelum

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Artikel Lain