suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Durian Baik Untuk Kesihatan Lelaki

KUALA LUMPUR: Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan durian sebenarnya mempunyai khasiat.

Mengulas mengenai kajian menyeluruh terhadap durian yang dibentangkan di Parlimen, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan peka akan potensi durian sebagai sumber kekayaan baharu negara.

"Kita harap akan lebih ramai petani yang akan menanam durian kerana buah ini sememangnya banyak khasiat," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ada kajian yang dibuat mendapati raja buah itu mempunyai banyak khasiat dan nutrisi.

"Perlu lebih banyak penyelidikan dijalankan berhubung unsur-unsur afrodisiak yang terdapat dalam durian. Seperti makanan lain, durian boleh dimakan, baik dimakan tapi bersederhanalah.

“Kawan saya beritahu ada kajian mengatakan durian ini ada unsur-unsur afrodisiak, baik untuk kesihatan lelaki, ya," katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai), di Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau juga berharap perkara itu akan dibuat badan-badan sepatutnya berkaitan durian.

"Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan di beberapa negara menunjukkan durian mengandungi antioksidan yang melambatkan proses penuaan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, tidak hanya durian yang diletakkan pengawet malah banyak lagi buah-buahan lain.

"Ada tindakan yang akan diambil oleh kementerian berhubung hal ini. Bukan sahaja pengawet, malah ada yang meletakkan ubat cepat masak dan sebagainya," katanya. - Sinar Online

durian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain