suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Beranak Dibunuh Kejam

Tiga beranak warga tempatan ditemui mati dibunuh di sebuah stor di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab pada Rabu. Foto: Bernama

KOTA BHARU: Tiga beranak mati dibunuh, dipercayai kerana dendam di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab Rabu petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 2. 30 petang itu, seorang lelaki, Kha Ng Ni, 42, ditemui di bahagian luar pintu utama dalam keadaan mayatnya tertiarap dengan kesan tiga tikaman di dada.

Menurutnya, dua lagi mangsa ditemui di ruang dapur iaitu Chu Joo Siok, 37, yang merupakan isteri Ng Ni dalam keadaan terduduk, manakala seorang lagi Kha Zee Hanz, 13, ditemui di kawasan tengah rumah dengan kecederaan di belakang leher, dipercayai dihentak dengan senjata tumpul.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa yang merupakan anak tuan rumah terbabit, Kha Xing Rhuu, 15, terselamat dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, hasil siasatan pihaknya tidak menolak kemungkinan kes terbabit bermotifkan dendam ekoran suspek dikenal pasti, merupakan pekerja mangsa yang merupakan pembekal barangan perkakasan rumah.

"Dipercayai juga suspek bergelut dengan mangsa sebelum membunuh dan melarikan diri dengan van milik mangsa selepas kejadian.

"Kita siasat dari segala sudut dan jalankan siasatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.-Sinar Harian

Bunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wow! Sedapnya

Artikel Lain