suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Syzlin Tiba Di Tanah Air

Wakil Umno Johor mengiringi jenazah Allahyarhamah Syzlin Hathaman, mangsa keldai dadah yang meninggal dunia di Peru sejurus tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor.Foto: Bernama

SEPANG: Jenazah Syzlin Hataman, warga Malaysia yang pernah dipenjarakan di Peru setelah menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa, tiba di tanah air pada Selasa untuk dikebumikan di kampung halamannya di Johor Bahru, Johor.

Syzlin, 43, meninggal dunia di Hospital Nacional dos de Mayo, Lima di Peru pada 7 Oktober lepas kerana komplikasi beberapa penyakit.

Jenazah Syzlin tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  di sini melalui  penerbangan KLM KL809 kira-kira 2.30 petang, dan antara yang berada di perkarangan  kompleks itu ialah Setiausaha Bahagian Operasi Biro Kebajikan Umno Malaysia (BiKUM), Mohd Shoubli Jamal serta beberapa anggota biro yang lain.

Jenazah Syzlin kemudian dibawa ke kampung halamannya menggunakan van jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh pada 9 malam ini.

Pengerusi BiKUM Datuk Dr Shamsul Anuar Nasrah dalam satu kenyataan yang dibacakan Mohd Shoubli, berkata  BiKUM kini memfokuskan untuk membawa pulang dua lagi mangsa sindiket dadah yang sedang menjalani hukuman penjara di Peru.

Beliau berkata walaupun berdepan kerumitan, pihaknya tetap berusaha menyelesaikan urusan itu secepat mungkin dan  sedang melakukan proses berkaitan dengan pihak-pihak yang berkenaan.- Bernama

Syzlin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain