suria

Malaysia Airlines Ambil Perhatian Kenyataan RyanAir

Peter Bellew

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengambil perhatian terhadap pengumuman mengejutkan oleh RyanAir Holdings PLC kepada Bursa Saham London berkaitan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew.

Awal hari Selasa, media antarabangsa melaporkan yang Bellew akan kembali ke RyanAir sebagai Ketua Pegawai Operasi pada 1 Disember 2017.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines berkata, lembaga pengarahnya akan bertemu dan membuat pengumuman sewajarnya.

Sementara itu, syarikat penerbangan itu berkata, operasi dan perkhidmatannya akan diteruskan seperti biasa dan mengulangi komitmennya kepada pelanggan.Usaha memulihkan Malaysia Airlines juga kekal di landasan sepertimana ditetapkan Pelan Pemulihan MAS, katanya.

Syarikat itu berkata, Bellew telah menyatakan komitmennya kepada Malaysia Airlines apabila ditanya mengenai spekulasi yang beliau akan kembali menyertai RyanAir semasa sidang akhbar dengan media Malaysia dan antarabangsa pada 27 September 2017.

Menurutnya, Bellew juga dilaporkan berkata, beliau gembira berada di Malaysia dan pemulihan Malaysia Airlines akan menjadi pencapaian terbesar dalam hidup beliau.- Bernama

MAS, Peter Bellew

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain