suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik Shafie Apdal Ditahan SPRM

Yusof Apdal

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Yusof Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

Yusof juga adalah adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut sumber, Yusof, 57, ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 8 malam Selasa ketika beliau datang ke pejabat agensi itu untuk memberi keterangan.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Dengan penahanan berkenaan, kini dua adik bekas menteri persekutuan itu berada dalam tahanan SPRM.

Pada 10 Oktober lalu, seorang adik Shafie, Hamid, ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu sama dan kini sedang ditahan reman selama 10 hari.

Yusof Apdal, sprm

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain