suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Lagi Keletah Anak Tahfiz Beli Minuman

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kiosk makanan yang selalu berurusan dengan anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, berkata, dia masih tidak dapat melupakan momen manis ketika bersama mereka.

Mengakui masih terkesan dengan kejadian kebakaran yang menimpa, beliau yang mahu dikenali sebagai Kak Su, 51, berkata, beliau macam tidak percaya anak-anak soleh berkenaan telah 'pergi', lebih awal meninggalkan mereka semua.

"Mereka (anak-anak tahfiz) datang membeli minuman di sini pada waktu petang.

"Mereka (anak-anak tahfiz) sangat comel dan tidak menyangka akan berlaku seperti itu," katanya sebak ketika ditemui pemberita di sini, Rabu.

Menceritakan keadaan kawasannya, dia mendakwa ada sekumpulan remaja yang sering melepak di sekitar kawasan Taman Tasik Keramat sebelum kejadian tersebut berlaku.

"Ada juga kita nampak budak-budak yang sering melepak pada tengah malam sehingga awal pagi.

"Namun, saya tidak mengenal pasti wajah remaja tersebut sama dengan suspek atau sebaliknya kerana pihak berkuasa ada membawa dengan menutup muka suspek ke sini untuk siasatan lanjut sejak kelmarin," katanya.

Katanya, kiosk beliau juga pernah dipecah masuk sebelum ini dan beberapa barang telah didapati hilang termasuk tong gas.

Pada 14 September lalu, media tempatan melaporkan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban selepas tingkat tiga premis yang menempatkan asrama terbakar dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu.- Sinar Harian


Darul Quran Ittifaqiyah

Artikel Sebelum

Biadap... Kan Dah Mendapat!

Artikel Berikut

Artikel Lain