suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Ditembak Ipar Sendiri

MIRI: Seorang wanita maut ditembak oleh ipar sendiri di kebun berhampiran  Rumah Panjang Mathew, Sungai Sarau, Sebauh Bintulu pada 4.30 petang Isnin.

Ketua Polis Bintulu ACP Zailanni Amit berkata mangsa Bermau Bauk, 70, ditembak oleh suspek seorang lelaki berusia 59 tahun yang sedang memburu menggunakan senapang patah semasa kejadian berlaku.

“Suspek melepaskan tembakan ke arah sasaran yang dipercayainya seekor monyet,” katanya dalam kenyataan, Selasa.

Zailanni berkata, namun selepas pemeriksaan dibuat mendapati ia bukanlah seekor monyet tapi seorang wanita dikenali, ditemukan dalam keadaan terbaring dan sudah mati.

“Senapang patah yang digunakan sudah dirampas dan suspek ditahan untuk membantu siasatan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian secara cuai. - BERNAMA

kes tembak

Artikel Berikut

Artikel Lain