suria

PRU-14: Tiada Kerjasama Pakatan Harapan, PAS

PETALING JAYA: Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan selama tiga jam malam Isnin, pakatan pembangkang itu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memutuskan hubungan dengan PAS.

"Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam PRU-14.

"Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Selasa.

Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP, PKR and Amanah.

PAS pernah bekerjasama dengan PKR dan DAP pada dua pilihan raya umum sebelum ini dengan membentuk Pakatan Rakyat yang dibubarkan pada 2015.

Pemimpin Pakatan Harapan yang keluar meninggalkan mesyuarat itu bagaimanapun mengambil pendekatan untuk mengunci mulut mengenai langkah tersebut.

"Kami mengadakan perbincangan yang baik dan menyelesaikan masalah pelantikan pemimpin dan beberapa perkara lain," kata Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pakatan Harapan, PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain