suria

Kes Gatco: SPRM Serbu Beberapa Lokasi

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menyerbu beberapa lokasi serentak berkaitan skim syarikat Great Alonioners Trading Corporation Bhd (Gatco).

Empat pegawai SPRM menyerbu pejabat Thamarai Holdings Sdn Bhd di Wisma Lotus, Jalan Utara di sini manakala dua lagi melakukan serbuan di pejabat Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) di Gasing Indah.

Serbuan turut dilakukan empat pegawai SPRM di sebuah pejabat peguam di Plaza Pengkalan, Jalan Tiong.

Sementara itu di SEREMBAN, empat pegawai SPRM tiba di Wisma Negeri kira-kira pukul 10.45 pagi dan naik ke sebuah pejabat yang terletak di tingkat empat bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke sebuah bilik mesyuarat.

Pegawai SPRM turut akan menyerbu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan lewat Selasa.

Sebelum ini, SPRM mengumumkan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat aduan penduduk Kampung Serampang Indah yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco, berkenaan isu penjualan tanah ladang berkenaan.


Gatco, SPRM

Artikel Berikut

Artikel Lain