suria

Tol Percuma, Diskaun Sempena Merdeka, Aidiladha

-Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) akan menawarkan laluan tol percuma dan diskaun tol 10 peratus kepada semua kelas kenderaan Lebuhraya Maju (MEX) sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Aidiladha.

MESB dalam kenyataan pada Ahad berkata laluan tol percuma itu berkuat kuasa dari 12 tengah malam 31 Ogos dan berakhir pada 11.59 malamnya manakala diskaun tol 10 peratus bermula dari pukul 12 tengah malam 1 September hingga 11.59 malam.

"Dianggarkan lebih 107,000 kenderaan bakal menikmati laluan tol percuma dan lebih 91,000 pengguna bakal menikmati diskaun laluan tol itu," menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai tawaran laluan percuma dan diskaun itu boleh diperoleh menerusi laman Twitter dan Facebook MEXTraffic atau menghubungi hotline MEX di nombor 03-83159111.

-Bernama
MESB, MEX

Artikel Berikut

Artikel Lain