suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Antara Ditahan Di Perairan Sabah

Beberapa pendatang tanpa izin yang ditahan oleh Tentera Laut di Sandakan.

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan 19 warga asing yang terdiri daripada 10 lelaki, lapan wanita dan seorang bayi selepas mereka cuba memasuki perairan Sabah secara haram dari selatan Filipina.

Mereka ditahan ketika menuju ke Sandakan kira-kira pukul 8.50 malam Selasa.

Pegawai komander Kapal Auksiliari Tun Azizan  Mohamad Hafiz Faisal, Komander Mohamad Hafiz Faisal berkata, TLDM mengesan warga asing tersebut yang menaiki bot laju dekat Pulau Taganak dalam perairan Malaysia dan bertindak menahan mereka yang terlibat.

"Kami berjaya memintas bot laju itu dan menemui pendatang asing di atas kapal," katanya.

Beliau menambah, tiada seorang pun pendatang asing warga Filipina dari Pulau Jolo dapat mengemukakan sebarang dokumen perjalanan.

Kesemua mereka kemudiannya diserahkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk tindakan selanjutnya.

TLDM, Esscom

Artikel Berikut

Artikel Lain