suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Serang Pemandu GrabCar Ditahan Reman

MIRI: Polis Sarawak menahan sekumpulan belia kerana disyaki menyerang pemandu GrabCar di Pusat Komersial EMart Tudan di daerah Kuala Baram, kira-kira 20 kilometer utara bandar ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar berkata, enam lelaki termasuk yang berusia 19 tahun ditahan di beberapa lokasi dalam tempoh 48 jam lalu.

Mereka disyaki menyerangkan pemandu GrabCar berusia 26 tahun pada 1 Julai lalu.

"Pemandu GrabCar menerima panggilan telefon palsu daripada pelanggan di EMart Tudan sebelum diserang sekumpulan lelaki sebaik dia tiba di lokasi.

"Penyerang didakwa merosakkan cermin dan pintu kereta, dipercayai menggunakan kayu dan besi," katanya.

Susulan itu, katanya, enam suspek telah ditahan di sekitar Miri pada 7 dan 8 Julai dan mereka ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan.

Dev berkata, polis juga merampas kenderaan dan senjata yang disyaki digunakan ketika menyerang mangsa.

Kuala Baram, GrabCar

Artikel Berikut

Artikel Lain