suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trafik Masih Lancar Pagi Ini

- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 9 pagi Rabu berikutan persiapan warga kota balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri, hujung minggu ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata tiada laluan yang sesak menghala ke arah selatan dan utara.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur juga lancar dan terkawal.

"Aliran trafik di lebuh raya lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar di kedua-dua arah," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

 -Bernama
PLUS, trafik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain