suria

UPSR: Gred 'E' Bukan Bermakna Gagal

KUALA LUMPUR: Pelajar yang memperoleh keputusan gred 'E' dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan bermaksud mereka gagal dalam mata pelajaran tersebut.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gred itu menunjukkan mereka tidak mencapai tahap minimum penguasaan bagi subjek tertentu di dalam kelas dan perlu meningkatkan usaha bagi memastikan mereka berjaya menguasai sepenuhnya subjek yang dipelajari.

"Pencapaian gred dalam UPSR mempunyai skala daripada 'A' hingga 'E'. Gred 'E' bukanlah bermaksud mereka gagal dalam sesebuah mata pelajaran itu sebaliknya pelajar masih tidak menguasai sepenuhnya mata pelajaran tersebut.

"Ia hanya menunjukkan bahawa pelajar tersebut tidak mencapai tahap minimum dalam keputusan bagi sesebuah subjek di peringkat sekolah rendah...jadi dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, usaha perlu ditingkatkan bagi memperoleh keputusan yang cemerlang," katanya pada Persidangan Dewan Negara, Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Khairul Azwan Harun mengenai kekeliruan ibu bapa yang mempersoalkan status gred 'E' yang diperoleh anak mereka dalam keputusan UPSR.-Bernama

UPSR, Gred E

Artikel Sebelum

Isu 'Baling Cawan' Selesai

Artikel Berikut

Artikel Lain