suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penetapan Kadar Minimum Tambah Nilai 'Touch N Go' Ditangguh

- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Syarikat konsesi lebuh raya diarah menangguhkan penetapan kadar minimum RM30 bagi tambah nilai kad Touch n'' Go di plaza tol supaya tidak membebankan pengguna, persidangan Dewan Negara diberitahu, Isnin.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menarik perhatian bahawa cadangan diusulkan Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) itu bertujuan mengatasi masalah kesesakan di lorong tambah nilai plaza tol terutama di waktu puncak.

"Kementerian telah mengarahkan syarikat konsesi menangguhkan inisiatif yang dicadangkan ini dan mencari kaedah lain dalam mengatasi masalah kesesakan yang berlaku.

"Kerajaan sentiasa prihatin terhadap beban yang terpaksa ditanggung pengguna termasuk kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua pihak," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Shahanim Mohamad. -Bernama

tambah nilai, Touch N Go, minimum

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain