suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanjeevan Bebas Pertuduhan Cuba Lakukan Pemerasan

Datuk R. Sri Sanjeevan

KAJANG: Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan telah dilepaskan oleh Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan peras ugut.

Sanjeevan didakwa mempunyai niat melakukan pemerasan dan mendatangkan ketakutan terhadap ahli perniagaan Ong Lam Chin untuk menyerahkan RM20,000 wang perlindungan kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Taman TTDI di Kajang pada jam 8 malam, 23 Mei tahun lepas.

Pihak pendakwa raya pada mulanya telah memohon untuk Sanjeevan dilepas tanpa membebaskan pertuduhannya atas alasan pihaknya mendapat arahan dari ibu pejabat Putrajaya untuk menarik balik kes kerana pengadu tidak mahu meneruskan kes.

Bagaimanapun, peguam Sanjeevan S. Preakas memohon pembebasan penuh atas alasan pihak pendakwaan telah gagal memberikan sebab-sebab mengapa pertuduhan harus dikekalkan.

Majistret Norafidah Idris merekodkan, mahkamah melepaskan dan membebaskan Sanjeevan daripada pertuduhan tersebut.

Sanjeevan didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Sanjeevan, MyWatch, pemerasan

Artikel Lain