suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Serah Peruntukan RM80 Juta Kepada Sekolah Pondok, SMAR, Tahfiz

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama sebahagian wakil negeri yang menerima insentif pada majlis Penyampaian Insentif Kepada Sekolah Pondok Berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Institusi Tahfiz Seluruh Malaysia di Seri Perdana, Isnin. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menyerahkan peruntukan sebanyak RM80 juta kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan institusi tahfiz.

Perdana Menteri berkata peruntukan di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah seperti mana yang diumumkan dalam Bajet 2017 itu bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan institusi pendidikan agama ke arah lebih cemerlang.

Dari jumlah itu, sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi menyelaraskan dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), kali pertama peruntukan seumpamanya diberikan kerajaan dalam sejarah pendidikan tahfiz negara, katanya.

"Jika itu hasrat ibu bapa (menghantar anak ke sekolah tahfiz), maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menentukan ia bukan sahaja pilihan ibu bapa tetapi satu pilihan yang dapat melahirkan insan-insan yang cemerlang.

"Sebab itu, saya mengambil keputusan meluluskan peruntukan tersebut untuk menggalakkan DPTN yang digubal boleh menentukan garis panduan supaya pembangunan pendidikan tahfiz menjadi lebih tersusun dan bersistematik," katanya ketika berucap pada majlis penyampian peruntukan itu di Seri Perdana di sini.

Majlis penyerahan peruntukan membabitkan 819 penerima mewakili sekolah pondok, SMAR dan institusi tahfiz dari seluruh negara itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

sekolah tahfiz, bajet 2017, SMAR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain