suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laporan Polis Terhadap Kenyataan FB Mengenai Azalina

PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook 'Otai Bersih' berhubung 'posting' yang menyasarkan Datuk Seri Azalina Othman Said.

'Posting' tersebut memaparkan gambar Menteri di Jabatan Perdana dengan keterangan yang kasar.

Laporan polis dibuat Setiausaha Sulit Kanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Chyairreil Annwar Akmal di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada kira-kira pukul 6 petang Isnin.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Azalina pada Selasa, laporan polis itu untuk tujuan keselamatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan menafikan kandungan 'posting' tersebut yang palsu dan menjelikkan.

Susulan daripada itu, laporan turut dibuat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pagi Selasa.

"Laporan-laporan ini bertujuan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan media sosial," menurut kenyataan itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain