suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh DIcekup Leka Berjudi Sabung Ayam

GAMBAR FAIL

MIRI: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan sabung ayam di kawasan lapang di Kampung Pelapi, Bekenu, petang Sabtu.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, tujuh suspek tersebut berumur antara 33 dan 64 tahun ditahan pada pukul 3.50 petang dalam Operasi Dadu yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri "Warga Indonesia yang berusia 35 tahun ditahan kerana disyaki pendatang asing tanpa izin dan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Khoo berkata enam lagi suspek akan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Langkah-langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.

Beliau berkata, semasa serbuan dilakukan sekeping papan mengandungi angka pertaruhan,satu unit pembesar suara, dua ayam sabung yang masih hidup dan dua ayam sabung yang telah mati turut dirampas. - BERNAMA

Sabung Ayam

Artikel Sebelum

Artikel Lain