suria

Henti Berniaga Semasa Solat Maghrib - Exco Kelantan

Abdul Fattah Mahmood.

KOTA BHARU: Kelantan telah menguatkuasakan arahan terhadap peniaga pasar malam termasuk bukan beragama Islam agar berhenti berniaga selama 10 minit semasa solat Maghrib.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pintu masuk ke pasar malam akan ditutup selama lima minit sebelum waktu solat dan dibuka semula selepas selesai menunaikan solat.

"Kami menguatkuasakan peraturan ini dibawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu sejak 10 tahun lalu dan memperluaskannya kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu tahun lalu," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Abdul Fattah berkata peniaga yang ingkar arahan itu akan berdepan risiko lesen mereka akan digantung.

Ditanya mengapa peniaga bukan beragama Islam tidak terkecuali dengan arahan itu, Abdul Fattah berkata ini kerana gerai-gerai mereka turut menarik perhatian pelanggan beragama Islam.

"Seluruh kawasan akan turut ditutup. Kami akan mengaktifkan siren 15 minit sebelum waktu solat untuk memberi peniaga masa menutup sementara gerai mereka," katanya.

"Tepat lima minit sebelum solat, urusan jual beli perlu dihentikan. Peniaga boleh membuka semula gerai mereka setelah selesai solat," katanya.

Timbalan Pengerusi MCA Kelantan, Datuk Tan Ken Ten bagaimanapun menggesa pihak berkuasa tempatan untuk mengkaji semula keputusan itu.

"Ia memberi kesan kepada perniagaan. Ia juga menyusahkan peniaga, penjaja dan pelanggan," katanya.

pasar malam, Kelantan, solat Maghrib

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain