suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peter Chong Penyiasat? - Khalid

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ingin tahu sebab aktivis Peter Chong tidak mahu berkongsi maklumat mengenai Pastor Raymond Koh dengan polis.

"Jika dia benar-benar ada maklumat mengenai pastor yang hilang itu, mengapa dia tidak beritahu kami?

"Mengapa dia pergi ke sana (selatan Thailand) untuk mendapatkan maklumat sendiri tanpa memaklumkan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga mengenainya? Adakah dia seorang penyiasat?," soal Khalid.

Beliau berkata kehilangan Chong telah mencetuskan panik dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.

Chong kembali ke tanah air dari Thailand pada 16 April lalu dengan mendakwa dia diculik ketika cuba mendapatkan maklumat mengenai Koh.

Anaknya melaporkan Chong hilang pada 5 April lalu.

Khalid berkata, polis tidak akan membuka kertas siasatan mengenai dakwaan bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bahawa dia diculik di Thailand kerana kes itu masih diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

"Kami terdengar dia telah membuat laporan mendakwa dia diculik semasa tiba di Thailand," katanya.

Namun, Khalid berkata, Chong tidak memberitahu polis di sini bahawa bahawa dia diculik di Thailand.

Katanya, polis akan mengambil keterangan Chong dalam masa terdekat untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

Peter Chong, Khalid Abu Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain