suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Zakir Naik Terima Anugerah Pahlawan

KUALA LUMPUR: Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Abdul Karim Naik, dianugerahkan Anugerah Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa Negara.

Anugerah yang disampaikan Perkasa itu diberikan kepada Zakir Naik bagi menghargai sumbangan beliau terhadap perjuangan Islam.

Terdahulu, sebagai satu simbolik Zakir Naik dikalungkan selempang yang tertera tulisan anugerah berkenaan dan dipakaikan songkok oleh Ibrahim Ali.

Kehadiran Zakir Naik ke Rumah UM bagi menghadiri Ijtimak 150 cendekiawan Islam bersama beliau anjuran Biro Hal Ehwal Islam Perkasa.

Dalam ijtimak berkenaan Zakir Naik akan menyampaikan syarahan berjudul 'Menangani Islamofobia, Salah Faham Tentang Islam'.

Zakir Naik yang dilahirkan di Mumbai sebelum ini pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan  pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya, Malaysia pada 5 November 2013.

Penganugerahan itu adalah untuk perkhidmatan yang signifikan dan sumbangan besar beliau kepada perkembangan Islam di peringkat antarabangsa.- Sinar Harian

Perkasa, Dr Zakir Naik

Artikel Lain