suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trak Penuh Muatan Ikan Terbabas

ORANG ramai mengutip ikan yang bertaburan atas jalan raya ekoran kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan ikan di Labuan pada 16 April 2017. - Sumber Labuantimes.

LABUAN: Dua pemandu trak mengalami kecederaan kecil selepas kenderaan mereka terbabas di Jalan Pohon Batu dekat Taman Hilltop tengah hari Ahad.

Trak tersebut membawa ikan dari bandar ini menuju ke Pohon Batu kira-kira 12 tengah hari.

Setiba dekat simpang Penghulu Tuah, pemandu berkenaan nampak sebuah kenderaan Hilux keluar dari simpang tersebut terus memasuki lorong kanan.

"Ketika cuba mengelakkan pelanggaran, seorang daripada pemandu trak itu membelokkan kenderaannya mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan melanggar tiang lampu jalan dan sebuah lagi melanggarnya," kata ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman.

Bahagian hadapan sebuah daripada trak itu remuk dan ikan kelihatan bertaburan di kawasan berkenaan. - BERNAMA

kemalangan

Artikel Lain