suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Transgender Maut Ditembak

Gambar hiasan.

KUANTAN: Seorang lelaki berperwatakan wanita ditemukan maut dengan kesan tiga das tembakan dan tetakan di Jalan Pasar di sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mangsa dikenali sebagai K. Selamperasan, 27, berasal dari Mentakab dekat sini, dipercayai maut pada 3.30 pagi.

"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di kaki lima kedai. Selain ditembak, mangsa juga mengalami kecederaan pada bahagian kepala, tangan dan paha," katanya semasa dihubungi di sini, Khamis.

Abdul Aziz berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak kami masih menunggu laporan bedah siasat," katanya.

Sementara itu, sepupu mangsa V. Reenunair, 29, berkata mangsa ingin dikenali sebagai Shameera Krishnan dan telah mengamalkan gaya hidup seorang wanita sejak lapan tahun lalu.

"Beliau bekerja di sebuah kedai bunga. Saya diberitahu mangsa keluar rumah sekitar pukul 3 pagi untuk membeli makanan dan mahu membeli kad tambah nilai telefon bimbit," katanya. - BERNAMA

PDRM, jenayah

Artikel Lain