MMC Bakal Perketat Undang-Undang Siber - Semasa | mStar

MMC Bakal Perketat Undang-Undang Siber

GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA: Kerajaan sedang mempertimbang cadangan untuk perkenalkan kerangka perundangan bagi menjadikan perbuatan memuat naik kandungan bersifat menghina atau pemalsuan maklumat di dalam Internet sebagai satu kesalahan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata walaupun tindakan boleh diambil di bawah peruntukan akta sedia ada, kajian sedang dibuat mengenai keperluan memperluas peruntukan-peruntukan untuk merangkumi platform lain seperti portal berita dalam talian.

Katanya cadangan tersebut timbul selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai penyebaran kandungan berita palsu dan paparan menghina yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

"Cadangan melaksanakan kerangka perundangan itu perlu untuk mewujudkan suatu suasana persekitaran penggunaan internet yang lebih sihat demi kebaikan pengguna dan masyarakat," kata MCMC dalam kenyataan seperti dilaporkan Bernama pada Isnin.

Menurut MCMC, pengguna juga dinasihat untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat yang diterima sebelum dikongsi dalam media sosial.

"Sekiranya tidak pasti, rujuk terlebih dahulu maklumat yang diterima dengan agensi-agensi yang bertanggungjawab," katanya.

MCMC berkata pengguna juga boleh memainkan peranan dengan melaporkan berita-berita palsu kepada pihak berkuasa untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

MMC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hanya 99 Sen Naik Uber Di Lembah Klang

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain