Tragedi MH370, Penculikan Tidak Jejas Kehadiran Pelancong China - Semasa | mStar

Tragedi MH370, Penculikan Tidak Jejas Kehadiran Pelancong China

PORT DICKSON: Tragedi malang pesawat MH370 Malaysia Airlines dan kes penculikan khususnya di Sabah yang melibatkan warganegara China tidak menjejaskan kedatangan pelancong negara Tembok Besar itu ke negara ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Datuk Siow Chen Pin berkata ini dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah kedatangan pelancong dari China yang merekodkan seramai 1.68 juta orang pada 2015, iaitu peningkatan empat peratus berbanding jumlah kedatangan pada 2014.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lepas, jumlah kedatangan yang direkodkan adalah sebanyak 1.75 juta pelancong, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian program FAM Trip Media Antarabangsa yang disertai 19 wakil media dari China.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Razi Kail.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada pagi 8 Mac 2014.

Pesawat itu belum dijumpai walaupun gerakan mencari secara besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, kawasan ia dipercayai mengakhiri penerbangannya setelah melencong daripada laluan asal.

Mengulas lanjut, Siow berkata pihaknya telah meluluskan sejumlah 200,000 permohonan visa ke Malaysia dari wilayah Yunnan pada tahun lepas dan menyasarkan sejumlah 300,000 permohonan pada tahun ini.

Beliau berkata bagi meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke negara ini, selain menggunakan penerbangan AirAsia, rakyat China juga boleh menggunakan pesawat Lucky Air yang melakukan penerbangan dengan kekerapan empat kali seminggu dari Kunming ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mohamad Razi berkata Negeri Sembilan menyasarkan kehadiran sejumlah 8 juta pelancong pada tahun ini berbanding 7 juta pada tahun lepas.

"Di Port Dickson, misalnya, kita mempunyai 16,000 bilik yang mampu menampung kedatangan pelancong ke pusat peranginan ini yang mempunyai pantai yang cantik sepanjang 13 kilometer dan kita menyediakan prasarana yang terbaik," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Siow Chen Pin , MH370

Artikel Sebelum

Hanya 99 Sen Naik Uber Di Lembah Klang

Artikel Berikut

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?