Bayi Maut Tersedak Susu - Semasa | mStar

Bayi Maut Tersedak Susu

TUMPAT: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang juga anak kepada artis dikir barat popular Kelantan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu pada Rabu.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Muhammad Adam Rayyan Shahrul Nizam dikatakan baru sahaja diberikan susu oleh ibunya Syahima Idayu Akma Mohd Alwi, 26, atau lebih dikenali sebagai Rosalinda di rumahnya di Kampung Tendong, Pasir Mas.

Menurut adik kepada Rosalinda, Syaifful Ashraf Mohd Alwi, 22, kakaknya meninggalkan bayi tersebut tidur di dalam sebuah bilik selepas diberi minum susu.

"Kakak keluar (dari bilik) dan mengemas ruang tamu rumah selepas menyusukan anaknya, namun apabila dia masuk semula ke bilik itu untuk menjenguk anaknya, beliau mendapati muka Muhammad Adam Rayyan sudah berubah menjadi kebiruan," katanya kepada pemberita di rumah ibunya di Kampung Sungai Pinang di sini.

Beliau berkata anak saudaranya itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tendong, Pasir Mas tetapi pegawai perubatan mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia.

Syaifful Ashraf berkata mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang malam ini.

Rosalinda yang masih trauma dengan kejadian itu enggan ditemu bual.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Ismail Jusoh mengesahkan kejadian tersebut dan tiada unsur jenayah.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati bayi itu meninggal dunia akibat sesak nafas kerana tersedak susu. - BERNAMA

bayi , maut , tersedak susu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain