suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Annuar Musa

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

SPRM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata agensi berkenaan akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman Mara bagi menyiasat beberapa dakwaan terhadap Annuar.

"Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pembabitan beliau dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

"Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman Mara," katanya.

SPRM juga meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes terbabit dan memberikan ruang kepada agensi berkenaan bagi menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, jawatan Annuar sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) juga digantung berkuat kuasa pada tarikh sama.

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin di ibu pejabat Mara di Kuala Lumpur.

Dilaporkan, keputusan sebulat suara itu dibuat bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat berhubung tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan di mana Annuar didakwa melakukan salahguna kuasa.



SPRM, Annuar Musa, Mara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain