suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupan Di Sempadan: Anggota Tentera Hilang Sebahagian Tangan Kiri

ALOR SETAR: Seorang anggota tentera hilang sebahagian daripada tangan kirinya dalam kejadian letupan di sebuah pos tentera berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Kejadian itu berlaku pada pukul 9.28 pagi Rabu di sebuah khemah di Pos Pasir Putih, yang terletak dalam zon keselamatan di sempadan dua negara.

Mangsa dikenal pasti sebagai Korporal Mohd Zulkifli Salleh, 32, dari Kelantan.

Satu sumber berkata: "Mangsa hilang pergelangan tangan kiri dan mengalami kecederaan pada muka dan kaki kanan akibat terkena serpihan letupan."

Penjelasan mengenai letupan itu tidak diberikan tetapi difahamkan Kementerian Pertahanan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut tidak lama lagi.

Artikel Lain