suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Sabah Tahan Pegawai LPKP Minta Rasuah

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pembantu pentadbiran Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di sini kerana meminta rasuah daripada seorang wanita.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan dalam satu operasi pada kira-kira pukul 10.26 pagi Rabu.

Wanita yang merupakan operator bas berusia 50 tahun itu memaklumkan SPRM bahawa suspek menghubunginya pada kira-kira pukul 11 pagi 9 Januari lalu.

Suspek didakwa meminta RM1,920 untuk membantunya memproseskan dana sokongan sementara bas henti-henti.

"Dia ditahan semasa menerima duit daripada wanita itu," kata Shaharom.

SPRM, LPKP

Artikel Lain