Polis Siap Siaga Hadapi Ancaman Pengganas Sasar Pemimpin Negara - Semasa | mStar

Polis Siap Siaga Hadapi Ancaman Pengganas Sasar Pemimpin Negara

KUALA LUMPUR: Polis sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi berhadapan sebarang kemungkinan ancaman pengganas, termasuk yang menyasarkan pemimpin tertinggi negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ancaman seumpama itu dilihat sesuatu yang berbahaya kepada negara, sekali gus diberi keutamaan oleh pasukannya.

"Masih ada ancaman terhadap pemimpin negara tetapi pasukan kami sentiasa memantau secara rapi.

"Jika adanya ancaman, tentu kita bimbang tetapi pada masa sama cuba menanganinya," katanya pada sidang media pada Rabu.

Pada November 2015, laporan pihak risikan mendapati beberapa pemimpin Malaysia antara yang menjadi sasaran militan Negara Islam (IS).

Antara pemimpin terlibat adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan anggota kanan Kabinet negara.

Pada Julai 2016 pula, Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Ayob Khas menerima ancaman bunuh menerusi panggilan telefon daripada militan IS, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.

Bagaimanapun, Khalid memberi jaminan bahawa pihaknya terutama bahagian anti keganasan itu tidak akan berkompromi dalam melaksanakan tugas untuk membanteras kegiatan militan.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa mengesan individu yang terlibat dalam kegiatan yang mempunyai kaitan dengan IS di negara ini.

"Apa yang berlaku di negara lain, kita tidak mahu ia berlaku di Malaysia. Kita akan sentiasa melaksanakan langkah proaktif untuk memerangai Daesh," katanya.

Daesh , IS , Khalid Abu Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain