suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak 16 bulan Maut Jatuh Buai

JITRA: Seorang kanak-kanak berusia 16 bulan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari buaian di sebuah rumah di Taman Sera, Padang Sera dekat sini, Isnin.

Difahamkan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terjerut pada kain buai kira-kira pukul 12.30 tengah hari Isnin.

Sepasukan polis dan anggota forensik Hospital Sultanah Bahiyah pergi ke rumah ibu bapa mangsa bagi menjalankan siasatan pagi Selasa.

Bapa mangsa, rakyat Malaysia berusia 39 tahun dilihat berada di Hospital Sultanah Bahiyah bersama dengan isterinya warga Thai dan beberapa ahli keluarga lain sedang menunggu untuk menuntut mayatnya selepas bedah siasat.

Punca kematian sebenar kanak-kanak itu masih disiasat.

jatuh buai, meninggal dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain