suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perubahan Pentadbiran AS Tak Jejas Kerjasama Keselamatan - TPM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
BAGAN DATUK: Perubahan sistem pentadbiran di Amerika Syarikat yang kini diterajui Presiden Donald Trump tidak akan menjejaskan dasar atau kerjasama berkaitan keselamatan yang dijalin dengan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan semua Perjanjian Persefahaman (MoU) termasuk berkaitan dengan jenayah rentas sempadan tetap diteruskan.

"Dari segi jangka panjang, walaupun presiden bertukar tapi dasar dan kerjasama yang dimeterai sebelum ini seperti pencegahan jenayah terus berjalan," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Persekolahan dan Hadiah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di sini hari ini.

Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill, Washington DC, hari ini di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, John Roberts pada pukul 1.05 pagi (12.05 tengah hari Jumaat waktu Washington).

Bilionair Amerika Syarikat berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 Nov lepas.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata kerjasama keselamatan yang terjalin antara Washington dengan Kuala Lumpur antara lain Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan agensi perisikan.

"Kita juga ada MoU bagi perpindahan banduan selain program radikalisasi untuk tahanan yang berkaitan dengan pengganas," katanya.

Artikel Lain