suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zainal Rahim Dilantik Ketua Pengarah JPA

Zainal Rahim Seman.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa pada Isnin, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Zainal Rahim, 59, yang sebelum ini Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), menggantikan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Disember lepas.

"Beliau berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran tanah dan daerah, pengurusan sumber manusia dan pengurusan projek pembangunan menerusi karier perkhidmatannya," kata Ali dalam kenyataan mengenai pelantikan tersebut.

Zainal Rahim, yang berkhidmat lebih 33 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ali turut merakamkan penghargaan kepada Mohamad Zabidi atas sumbangan dan khidmat baktinya kepada perkhidmatan awam dan negara selama lebih 35 tahun. - BERNAMA


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain