suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hospital Bahagia Terbakar, 21 Penghuni Dipindahkan

IPOH: Wad lelaki di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di sini, terpaksa dikosongkan selepas bumbung bangunan yang menempatkan wad itu terbakar dalam kejadian tengah hari Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Datuk Yahaya Madis berkata, kebakaran dipercayai bermula dari sebuah stor menyimpan barang lama yang terletak di belakang wad berkenaan.

"Api bermula dari situ dan merebak naik ke siling yang diperbuat daripada kayu yang sudah lama dan kering, seterusnya merebak ke bumbung wad," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Kabakaran itu memusnahkan keseluruhan bilik stor dan sebahagian siling serta bumbung wad 11.

Seramai 21 penghuni wad tersebut dikeluarkan ke lokasi selamat dan tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Punca kebakaran masih disiasat dan wad berkenaan akan ditutup antara tiga hingga tujuh hari.


Hospital Bahagia, Yahya Madis

Artikel Berikut

Sarawak Tolak Dasar 'Kek Halal'

Artikel Lain