suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB Lantik Parker Randall Sebagai Juruaudit

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB)mengumumkan pelantikan Parker Randall sebagai juruaudit syarikat itu.

Juruaudit sebelum ini, Deloitte Touche Tohmatsu Ltd, menarik diri daripada syarikat itu pada Februari, 2016.

Dalam satu kenyataan, 1MDB berkata ia sudah mengemukakan borang 11 dan 52 kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Januari 2017 untuk mengesahkan pelantikan itu.

Laman web SSM merujuk kedua-dua borang itu dengan permohonan bagi perubahan nama syarikat.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga  Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata pihak Parker Randall sedang melakukan pengauditan terhadap beberapa anak syarikat 1MDB.

"Kami (akan) menunggu hasil laporan (audit) itu," katanya pada sidang media di pejabat Perbendaharaan di sini, Khamis.

Parker Randall merupakan firma pengauditan antarabangsa dan menjadi juruaudit keempat dilantik 1MDB selepas Ernst  and  Young, KPMG dan Deloitte Touche Tohmatsu Ltd.

1MDB, juruaudit, Parker Randall

Artikel Lain