suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hishammuddin Arah Tiga Pesawat Beechcraft Henti Operasi Sementara Waktu

KUALA LUMPUR: Tiga lagi pesawat Beechcraft B-200T milik TUDM yang berpangkalan di Subang tidak dibenarkan beroperasi berikutan nahas pesawat yang sama di Pangkalan Udara Butterworth, Rabu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ini adalah bagi membantu siasatan punca nahas pesawat buatan Amerika Syarikat itu yang digunakan untuk rondaan maritim selain operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 1994.

"Saya telah arah Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang untuk kenal pasti punca nahas dan laksana pelan tindakan berkesan elak kejadian yang sama dari berulang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) di Wisma Pertahanan di sini, Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain