Maut Dihempap Marmar Tiga Tan - Semasa | mStar

Maut Dihempap Marmar Tiga Tan

MELAKA: Seorang lelaki warga Myanmar maut dihempap kepingan marmar seberat tiga tan yang sedang disusun di dalam kontena dalam kejadian di sebuah kilang marmar di Jalan Batu Berendam di sini, Rabu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, K. Kalaiselvam berkata ketika kejadian terdapat dua lagi pekerja warganegara sama melakukan tugas masing-masing untuk menghantar kepingan marmar itu kepada pelanggan namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Beliau berkata mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah setelah sebahagian badannya tertimbus di bawah kepingan marmar tersebut dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi.

"Ketika tiba di lokasi kejadian pada 10.56 pagi, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Anggota kami kemudian mengalihkan kepingan marmar itu untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut beliau pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.41 pagi tadi sebelum seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi tujuan operasi menyelamat mangsa.

Kalaiselvam berkata operasi mengalihkan batuan dan mengeluarkan mayat mangsa selesai pada pukul 2 petang tadi.

"Mangsa yang maut itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain