Keputusan Cadangan Pemansuhan UPSR Dimuktamad Tahun Depan - Semasa | mStar

Keputusan Cadangan Pemansuhan UPSR Dimuktamad Tahun Depan

Datuk Seri Mahdzir Khalid
KUALA LUMPUR: Keputusan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka dimuktamadkan tahun hadapan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah mula menjalankan analisis dan sedang mempertimbangkan masa yang sesuai untuk memutuskan perkara tersebut.

"Kita membuat analisa berdasarkan pandangan ahli-ahli akademik dalam negara, modul dari negara-negara lain yang boleh diketengahkan dan juga daripada guru-guru yang berpengalaman.

"Perbincangan baru dilakukan di peringkat kementerian, belum dibawa ke peringkat Kabinet. Saya akan maklumkan tahun depan sebab semua pandangan itu sedang dibuat analisa," katanya kepada wartawan di Lobi Parlimen.

Beliau berkata pihaknya masih belum bercadang untuk memansuhan UPSR dalam waktu terdekat kerana KPM baru sahaja melaksanakan format baharu UPSR tahun ini.

"Sesetengah negara seperti Perancis dan Finland, pentaksiran mereka adalah berdasarkan penilaian sekolah termasuk pentaksiran psikometrik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. 

"Tapi sebab kita berorientasikan peperiksaan, kita hanya tengok pada akademik sahaja dan tidak pada soal lain," jelasnya.

Terdahulu ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) semasa menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), Mahdzir berkata format UPSR tidak ditukar sewenang-sewenangnya kerana ia telah diperkenalkan sejak 2010.

Beliau berkata pelajar telah diberikan persediaan selama enam tahun sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR format baharu pada tahun ini.

Mahdzir pada 27 Oktober lalu memaklumkan bahawa kajian berkaitan cadangan untuk menggantikan UPSR dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sudah memasuki peringkat akhir.

Katanya sudah sampai masa untuk ujian berorientasikan peperiksaan yang dilaksanakan pada masa ini dikaji semula bagi menilai pencapaian sebenar murid.

Artikel Sebelum

Jamal Rancang Bersih 7 Selamatkan Selangor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?

Hasrat tunai umrah lebur ditipu 'ustaz'