suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Eksekutif Jualan Bebas Tuduhan Seks Oral

BUTTERWORTH: Seorang bekas eksekutif jualan yang didakwa melakukan seks oral terhadap seorang budak lelaki berusia 16 tahun pada tahun lalu, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Tan Kok Peng (gambar), 50, dilepas dan dibebaskan selepas Hakim, Norashima Khalid mendapati saksi utama kes itu tidak hadir di mahkamah semasa perbicaraan pada Isnin.

Kok Peng mengaku tidak bersalah selepas dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah flat di Butterworth pada pukul 2 petang, 23 Julai tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Artikel Lain