suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Umno PJ Selatan Raja Hanipuddin Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Raja Datuk Hanipuddin Raja Nong Chik meninggal dunia pada awal pagi Isnin.

Menurut Twitter milik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Raja Hanipuddin meninggal dunia pada pukul 3.30 pagi.

"YM Raja Dato' Hanipuddin Ketua Umno Bahagian PJ Selatan telah kembali ke Rahmatullah jam 3.30 pagi tadi," menurut Twitter Ismail Sabri.

(Tiga dari kanan) Zahid Hamidi, Noh Omar dan Raja Nong Chik menghadiri majlis pengkebumian Raja Datuk Hanipuddin pada 21 November 2016.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Twitter turut mengucapkan takziah di atas pemergian Hanipuddin.

"Saya mendoakan semoga roh arwah YM Raja Dato Hanipuddin, KB Umno PJ Selatan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Salam takziah. Al Fatihah," katanya.

Raja Hanipuddin yang dilahirkan pada 1948 dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan pada 2013.




Artikel Lain