suria

Tidak Mustahil Umno, PAS Bekerjasama - Annuar Musa

KUALA LUMPUR: "Kalau DAP boleh menerima Tun Dr Mahathir, tidak mustahil kemungkinan Umno menerima PAS dan PAS menerima Umno untuk bekerjasama," kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata ini kerana kedua-dua parti mempunyai asas perjuangan sama, menjunjung cita-cita sama dan lahir daripada 'DNA' sama.

"Politik adalah di atas 'possibilities', politik adalah satu seni yang berpelbagai kemungkinan.

"Saya percaya antara parti politik (Umno dan PAS) yang menjunjung cita-cita dan dasar perjuangan yang sama, dia tidak bergerak dalam bentuk 'parallel' dan saya yakin akan ada satu titik pertemuan (bergabung)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah Sesi Keempat: Diskusi Politik pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 yang dipengerusikan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini pada Ahad.

Annuar berkata kedua-dua parti mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Umno untuk tujuan itu.

Beliau berkata mana-mana parti Melayu yang bersekongkol dengan pembangkang sebenarnya berada di bawah telunjuk DAP.

"PKR, Parti Amanah Negara dan terbaharu PartiPribumiBersatuMalaysia yang berada di bawah DAP tidak mempunyai maruah perjuangan kerana mereka berada di bawah kuasa perjuangan orang lain," katanya.

PAS, Umno, Annuar Musa

Artikel Sebelum

HSA Terima Sumbangan PBSM

Artikel Berikut

Artikel Lain